Motivasi & Jurnal Kesyukuran Ku

Motivasi & Jurnal Kesyukuran Ku
Bermanja Dalam Rahmat Tuhan Ku
Wednesday, 29 April 2015

Ada ibu yang mengadu, bayinya tidak lagi mahu menyusu dari payudara (nenen kata anak-anak saya). Bayi tidak mahu direct feed, tapi kalau diperah susu ibu masuk botol, mahu pulak baby minum.




Bayi tak nak menyusu adalah dalam keadaan keliru puting.





Ada sebabnya berlaku keadaan keliru puting ini.



Sebabnya, bayi telah menemui alternatif yang baginya lebih mudah untuk dapatkan susu, iaitu melalui botol.

Bayi yang telah diberi susu melalui botol pada usia yang terlalu kecil (lepas lahir, dalam pantang, dah beri susu melalui botol), akan mengalami keliru puting ini. Tidak kiralah sama ada susu yang diberi itu adalah susu ibu yang diperah sekali pun, ia tetap membawa kepada keadaan keliru puting.








Antara menyusu direct feeding, dengan menyusu dari botol, baby akan lebih suka menyusu dari botol. Sebenarnya bayi dilahirkan dengan naluri hisapan yang kuat, tapi pemberian puting tiruan terlalu awal mengganggu fitrah ini.

Aliran susu dari botol adalah lebih laju, cepat, dan mudah. Tak perlu nak susah-susah sangat hisap. Tapi bila menyusu dari payudara ibu, bayi perlu menyonyot, hisap sungguh-sungguh dan gunakan otot mulut dengan kuat untuk susu keluar. Sebab tu baby lebih suka minum dari botol. Namun Maha Suci Allah, sebenarnya hisapan susu dari payudara yang "lebih susah" itu, hikmahnyaa akan membentuk rahang bayi yang kuat lagi cantik!


Jadi bila dah biasa dapat susu dari botol, mana mahu dah menyusu direct feeding dari payudara ibu. 


Bayi selepas lahir hingga usia sebulan lebih, hanya perlu diberi susu ibu direct dari payudara sahaja. Ibu habiskanlah masa pantang dengan honeymoon bersama baby, susukan dia, belai dia, manjakan dia. Apabila lagi 2 minggu nak masuk kerja, baby dah besar sikit, baru lah mula ajar bayi minum susu perahan dari botol untuk persediaan baby ke rumah pengasuh atau nurseri nanti.

Lakukan ini, dan Insya Allah takkan ada masalah langsung baby tak nak menyusu direct. Tak nak lepas lagi, adalah! Menyusu dari payudara ibu sebenarnya sesuatu yang sangat heaven bagi baby, satu obsession, anak akan fanatik habis dengannya. Anak nangis nak diamkan, nenenkan adalah cara yang berkesan setiap kali. Nenen ibu bagi anak adalah kebahagiannya!









Bagaimana cara nak melatih bayi tak nak menyusu kembali mahu menyusu dari payudara?


Perlu dinyatakan awal-awal, sememangnya cabaran agak besar untuk perkara ini. Lebih besar usia bayi, lebih susah jalannya.

Namun, ada ibu yang berjaya melatih bayi kembali menyusu. Ia tidak mustahil. Kuatkan tekad dan kesabaran wahai ibu!


  • Jika bayi telah diperkenalkan dengan susu formula, ia perlu dihentikan. Fokus kepada usaha direct feeding ini;
  • Perlu selalu pujuk, cakap, bisik kepada bayi, minta si manja kembali menyusu;
  • Mulakan offer payudara dalam keadaan bayi tidak terlalu lapar, ambil posisi penyusuan yang paling selesa untuk kedua-dua ibu dan bayi;
  • Cabaran akan bermula di sini, bayi selalunya akan menolak dan mengamuk. Jangan cepat putus asa. Teruskan offer payudara. Kesabaran akan teruji, ibu akan kasihan kepada bayi yang lapar dan mengamuk lalu terdorong untuk beri susu di dalam botol. Ibu juga akan risau jika bayi lapar dan perut masuk angin. Sebab itulah usaha ini perlu dimulakan semasa bayi belum terlalu lapar, agar kita ada masa, dan mengelak perut bayi masuk angin dan sebagainya.
  • Jika setelah dicuba berkali-kali (offer payudara) dan tetap gagal pada percubaan pertama ini, beri bayi minum susu perahan menggunakan sudu (jangan gunakan botol).
  • Jika berikan susu perahan melalui botol (puting tiruan), ini akan memberi signal kepada bayi bahawa menangis dan mengamuk akan menyebabkan dia berjaya dapatkan alternatif mudah untuk dapat susu!
  • Ulang, ulang dan ulang lagi langkah ini dengan penuh sabar dan tidak berputus asa.
  • Cuba juga tukar-tukar posisi penyusuan untuk alih perhatian baby. Misalnya daripada berbaring, peluk dan offer payudara dalam keadaan berdiri dan berjalan-jalan, misalnya.
  • Banyakkan skin to skin contact. Menurut pengalaman raakan yang penah melalui keadaan ini, hanya semasa mandi sahajalah dia tidak ber skin to skin contact dengan bayinya. Peluk bayi selalu tanpa bayi dan ibu berbaju. Pandai-pandailah atur ya :), mungkin boleh cuba cover badan dengan kain, atau gunakan pengendung bayi, dan sebagainya. 
  • Semasa offer payudara untuk usaha ini, lagi sangat digalakkan buat skin to skin contact.
  • Skin to skin contact adalah untuk 'sedar'kan dan 'tarik' kembali baby kepada ibunya, agar mahu kan menyusu kembali. Bayi amat peka kepada bau ibunya..


Jika ibu masih dalam pantang dan cuti bersalin, usaha ini akan sedikit mudah dengan peluang ibu bersama dengan bayi sepanjang masa.

Ibu-ibu yang masih mahu memberikan susu ibu kepada bayi yang alami keliru puting, pastinya telah memulakan sesi perahan susu. Sesi ini perlu diteruskan (payudara perlu dikosongkan sekurang-kurangnya 3 jam sekali). Kunci kejayaan penyusuan iaitu konsep Supply & Demand adalah wajib! (Baca sini dan sini)


Semoga berjaya untuk ibu-ibu yang berkenaan...keadaan bayi tak nak menyusu ini boleh diikhtiarkan jalannya.




1 comments:

  1. masa awal-awal berkerja dulu selepas cuti pantang, bayi saya juga ada sikit keliru puting. Lepas tu dah ok, bila tukar-tukar puting baru tau puting yang mana bersesuaian dengan anak

    ReplyDelete

Popular Posts