Motivasi & Jurnal Kesyukuran Ku

Motivasi & Jurnal Kesyukuran Ku
Bermanja Dalam Rahmat Tuhan Ku
Sunday, 22 February 2015

Cara membaiki sinki tersumbat, sungguh tak pernah daku sangka akan berjaya buat sendiri.




Ini pun boleh dicuba, saya dah cuba tapi tak berjaya.


Air dah mula bertakung dalam sinki. Payah lah..mula-mula ok lagi, biarkan semalaman, esok pagi bangun air tu keluar. Hehe macam perap atau masak apa ja..ala-ala perap semalaman.

Ada lah saya beli asid dari kedai, juga tuang air panas..tapinya..tak menjadi, rasanya dah memang tahap kronik tersumbatnya sinki tu.

Hari Sabtu, baru mula start godek-godek macam mana nak buat. Seperti biasa apa-apa nak cuba dulu sendiri sebelum panggil plumber. Tapinya nombor plumber memang dah tanya siap-siap dari jiran.

Tanya jiran, ada yang kata buka paip bahagian bawah. Cubalah buka, dapat buka separuh jalan aja..tak reti!

Then, google. Maklumlah zaman sekarang semua google.

Terjumpa blog ni dan saya amat berterima kasih pada tuan punya blog. Ini link entri beliau yang membantu menyelesaikan masalah sinki tersumbat saya.


Gambar ni pun saya ambil dari blog http://www.blog5zal.com

Tuan punya blog bagi cara membaiki sinki tersumbat macam ni (saya ringkaskan):


  • Sumbatkan point A dengan suratkhabar yang dikepal dan dibalut plastik atau kain sampai betul-betul padat.
  • Isikan sinki dengan air yang banyak.
  • Gunakan pelocok di point B




Saya pun cari pelocok untuk cuba. Mula-mula saya gunakan pelocok sahaja (tanpa sumbat lubang, sebab saya punya sinki macam tak serupa dengan gambarajah yang ditunjukkan).


Sinki saya macam ni, dan bahagian bawahnya tak seperti gambar di atas.
Gambar ehsan Google.


Tak berjaya.

Saya pun cari kain buruk, dan sumbatkan salah satu lubang sinki. Saya pilih yang paling teruk tersumbat iaitu yang cepat menakung air apabila sinki saya tersumbat tu (boleh faham ke ek..)

Then saya gunakan pelocok di sinki yang satu lagi. Beberapa kali henjut pelocok tu, Alhamdulillah...dengar bunyi air keluar. Kekotoran tersumbat dah bergerak akibat tekanan yang dihasilkan.

Masa saya buat ni, air dah tak bertakung dalam sinki..tapi masih banyak di ruangan paip bawah sinki, ia tersumbat di situ.

Ok lepas ni beringat..seminggu sekali tuang air panas bersama garam ke sinki. Ini petua yang saya dapat untuk elakkan sinki tersumbat. Sisa makanan memang saya tak buang ke dalam sinki, tapi itulah..mesti ada yang terlepas juga kan.


Selamat mencuba..cara membaiki sinki tersumbat :)





2 comments:

  1. kena try mcm2 cara ni..huhu

    p/s: kartun gurl tu kak yui tempah pada blog wan hazel...

    ReplyDelete
  2. oh bubuh garam ek. Sebelum ni cuba bubuh soda bikarbonat yang buat kek tu. Jadi jugak

    ReplyDelete

Popular Posts