Motivasi & Jurnal Kesyukuran Ku

Motivasi & Jurnal Kesyukuran Ku
Bermanja Dalam Rahmat Tuhan Ku
Monday, 6 October 2014

3 fakta menarik tentang saya, Nurul Ashikin selaku selaku pemilik blog ini! Salah satu topik untuk cabaran 7 hari blogging.



Harapnya memang menarik lah fakta-fakta ini..:)




FAKTA 1 | Saya amat obses dengan alam penyusuan susu ibu dan nutrisi


Saya adalah mama kepada dua puteri dan amat bangga membawa gelaran ini. Alhamdulillah, saya berjaya susukan kedua-dua anak saya dengan susu saya sendiri secra eksklusif dan sepenuhnya. Berkat niat yang dipupuk dari awal (sebab tu saya pernah nyatakan, langkah penting menjayakan penyusuan susu ibu adalah dengan niat dan keinginan yang tinggi, baca sini).




Sekarang 2 beradik ni dah besar..dah nak sekolah pun.



Indahnya alam penyusuan yang saya rasa, hingga saya merasakan saya perlu kongsikan dengan rakan-rakan saya. Ini mendorong saya mengikuti kursus yang melayakkan saya bergelar Malaysian Breastfeeding Peer Councelor (boleh hubungi saya untuk konsultasi penyusuan percuma). 


Pada saya, inilah salah satu tanggungjawab sosial yang boleh saya sumbangkan kepada masyarakat.



Saya amat obses pada mulanya, hinggalah saya akan merasa stres jika mendapati ada kawan-kawan yang tidak menyusukan bayi mereka. Saya tak dapat terima, sedih pun ada.



Lama-kelamaan, saya mula dapat mengawal emosi saya, dan itulah yang perlu ada pada pembimbing susu ibu. Penyusuan adalah pilihan masing-masing, setiap ibu pasti tahu apa terbaik untuk anaknya, si ibu berhak membuat pilihan.



Saya merupakan lulusan Sains Makanan dan Pemakanan dari UKM, dan amat meminati bidang pemakanan dan nutrisi. Obses pada susu ibu, minat dengan nutrisi, memang idaman saya ingin ada sebuah kedai berkaitan 2 bidang ini. Jug, saya ingin bantu para ibu. Kedai barangan bayi sedia ada agak kurang mesra penyusuan susu ibu, barangan penyusuan terhad, menyebabkan ibu menyusu sukar mendapatkan keperluan (pengalaman sendiri).



Tapinya, untuk suplemen penyusuan, syarat saya sangat ketat. Saya pernah tidak mahu jual suplemen kepada ibu tertentu, jika konsep penyusuan yang betul tidak diamalkan. Suplemen bukan kunci untuk penyusuan, ia hanya memudahkan sahaja. Saya menyusukan anak pertama selama 2 tahun pertama tanpa suplemen, tapi hanya berbekalkan konsep penyusuan  : Supply and Demand.


FAKTA 2 | Hitam hitam hitam !!


Haa..sebenarnya ia merujuk kepada pilihan warna saya untuk kasut, aksesori, beg tangan, jam, seluar dan skirt.



Kawan-kawan saya selalu juga tension dengan saya, "kin...ambiklah warna ni pulak.." kawan saya Azura pernah sehingga macam tahap merayu kepada saya menyuruh saya beli gelang tangan warna selain hitam.



Haha, saya kena beli juga warna hitam, kalau tak kemungkinan besar saya tak akan pakai benda tu. Yang paling mesti mesti hitam juga adalah kasut, saya rasa saya tak pernah lagi pakai kasut selain warna hitam (sama ada ke pejabat atau keluar jalan-jalan) warna warni lagi memang takkanlah..



Tak apa lah..hitam itu menawan, kan? :)



Saya pastinya yang memakai skirt dan kasut warna hitam!

Kasut hitam, aksesori ditangan dan leher, juga hitam.

Apa pun dari semasa ke semasa, saya cuba tukar pilihan warna ni, macam sekarang contohnya, saya dah boleh bawa beg tangan warna merah atau coklat!


Lagi satu saya tak suka emas, kalau kerongsang, saya takkan sesekali pakai yang ada warna emas. W
arna kawan baik hitam iaitu perak baru ok untuk kerongsang saya pakai. Boleh tengok koleksi kerongsang saya, takkan ada warna emas. Begitu juga barang kemas, saya tak minat, saya lebih suka ala-ala pandora tu (tu pun warna perak dan hitam sahaja menjadi pilihan), selain hiasan warna hitam. Tapi kalau berlian atau emas putih tak ada masalah.



Suka hitam, tapi..saya ni memang orang kampung. Saya tak reti dan tak pernah pakai cermin mata hitam. Pernah beli yang pasar malam punya untuk try..tapi tak jugak reti pakai. Kekok je rasa.



FAKTA 3 | Saya amat berdikari dan kental! Dan akan cuba buat sesempurna mungkin  (puji diri sendiri hehe)


Saya besarkan anak-anak seorang diri! Apa benda yang saya tak boleh buat sendiri? Sebenarnya saya memang jenis berdikari, dan sejak jadi mama, lagi lah bertambah-tambah kental berdikari saya ini. Jaga anak seorang diri (2 orang kecik kecik) tidak mudah....memang saya bertiga sahaja bersama dua anak saya, sejak mereka masih kecil lagi (anak kedua 6 bulan) semuanya kami buat bersama-sama..the 3 of us! :)



Drive kereta balik kampung sambil breastfeed? (oops jangan contohi ya)


Bawa anak sakit ke Klinik Kecemasan jam 3 pagi?

Pasang wallpaper sendiri?

Tukar lampu sendiri?

Tidur mata terbuka? hihi..ibu-ibu anak kecil pasti faham.


Dan sebab saya titikberatkan kesempurnaan juga, saya berjuang sungguh-sungguh walaupun payah (outstation kerap juga saya ni, nak kena pastikan stok susu cukup dan sebagainya) untuk lengkapkan penyusuan susu ibu kepada anak-anak saya, Alhamdulillah tercapai dan dah putus susu pun kedua-duanya. Saya nak bagi yang terbaik dan paling sempurna untuk si cilik berdua tu! 



Eh bukanlah saya sempurna macam mana, saya ni tak sempurna, cumanya kalau saya buat apa-apa, contoh kertas kerja, kalau boleh nak sempurna. Mesti lengkap faktanya, cantik formatnya..do it elegantly! Tak nak cincai. Maknanya ada bab-bab tertentu saya pastikan elok sempurna..



Erm..tapi kan, satu bab ni kadang-kadang saya nak kena baiki diri, bukan apa, contohnya kalau saya nak kemas rumah, saya suka sempurnakan dengan nak kemas satu rumah sekaligus. Bila begitu, kadang-kadang rumah jadi berselerak sebab saya menunggu masa yang sempurna (dan cukup) untuk buat semua-semua sekaligus, adoiiiii...hahaha..




FAKTA 4 | Saya ni seorang yang positif...(puji diri lagik...)



Ramai juga pernah ungkapkan pada saya, saya seorang yang positif.


Yap saya positif orangnya, dan bagi saya, trust Allah dalam segalanya, memang sepatutnya kita semua begitu, kan?


Eh ni fakta 4, patutnya 3 je..ok ok stop.



Saya mengalu-alukan kawan-kawan baru dari kalangan ibu-ibu terutama yang nak tahu tentang penyusuan susu ibu dan nutrisi (suplemen). Bukan untuk menjual semata, saya tak kisah pun kalau tak beli, bak saya nyatakan tadi, tujuan utama saya berblog adalah untuk merealisasikan impian saya : ada blog sendiri untuk menyebarkan maklumat penyusuan dan kesihatan.









2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete

Popular Posts

Blog List